Terma & Syarat
Terma ini terpakai apabila anda membuat order dengan Anncraft Ventures.
Kemas kini terakhir: 20 Oktober 2026
1. Tentang kami
ANNCRAFT VENTURES (No. pendaftaran SSM 202403138852 (003605409-X))
21-2, Jalan Reko Sentral 8, Kajang, Selangor
WhatsApp 014-212 4548 (sticker & runcit) · 019-476 7079 (doorgift & korporat) · anncraftkajang@gmail.com
WhatsApp sahaja, tiada panggilan.
2. Skop
Terma ini terpakai kepada order melalui anncraft.com, termasuk halaman order sticker nama anncraft.com/sticker, dan order melalui WhatsApp kami. Dengan membuat order, anda bersetuju dengan terma ini, Polisi Pembatalan & Pemulangan, Polisi Penghantaran dan Polisi Privasi.
3. Membuat order
- Untuk sticker nama, anda pilih produk dan design, taip nama, pilih font dan warna jika mahu, dan lihat preview satu helaian penuh. Apa yang anda taip dan lihat dalam preview ialah apa yang kami cetak.
- Order diterima selepas bayaran diterima: bayaran online disahkan secara automatik; pindahan bank disahkan selepas kami menyemak.
- Kami boleh menolak order yang mengandungi perkataan kesat atau menyinggung, atau nama, logo atau tanda dagangan yang anda tiada hak untuk gunakan. Jika order ditolak selepas bayar, kami pulangkan bayaran penuh.
4. Harga, caj pemprosesan dan pos
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Jumlah order = harga produk + caj pos (jika dipos) + caj pemprosesan RM1 setiap order. Caj pemprosesan sama untuk semua cara bayaran.
- Semua caj dipaparkan dalam jumlah sebelum anda membuat order. Harga boleh berubah dari semasa ke semasa; order yang telah dibuat kekal pada harga semasa order.
5. Bayaran
- Bayaran online melalui CHIP, gerbang pembayaran berlesen: FPX (perbankan internet), DuitNow QR dan cara lain yang dipaparkan di halaman bayaran.
- Pindahan bank / DuitNow QR ke akaun ANNCRAFT VENTURES, kemudian muat naik resit atau hantar bukti melalui WhatsApp.
- Kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad atau maklumat log masuk perbankan anda; ia dimasukkan di halaman CHIP sahaja.
6. Penghantaran
Lihat Polisi Penghantaran.
7. Pembatalan dan pemulangan
Fikir dan semak betul-betul sebelum bayar: setelah bayaran dibuat, tiada pembatalan dan tiada bayaran balik. Barang rosak atau tersalah cetak kerana kesilapan kami diganti secara percuma. Butiran penuh dalam Polisi Pembatalan & Pemulangan.
8. Rupa produk
Warna di skrin mungkin berbeza sedikit daripada cetakan sebenar, bergantung pada skrin anda. Bilangan sticker setiap helaian adalah seperti yang dipaparkan dalam preview.
9. Had tanggungjawab
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tanggungjawab kami bagi sesuatu order terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk order itu.
10. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
11. Perubahan
Kami boleh mengemas kini terma ini. Versi yang terpakai ialah versi semasa anda membuat order.
Hubungi kami
ANNCRAFT VENTURES (No. pendaftaran SSM 202403138852 (003605409-X))
21-2, Jalan Reko Sentral 8, Kajang, Selangor
WhatsApp 014-212 4548 (sticker & runcit) · 019-476 7079 (doorgift & korporat) · anncraftkajang@gmail.com
WhatsApp sahaja, tiada panggilan.
Polisi lain: Terma & Syarat · Polisi Pembatalan & Pemulangan · Polisi Penghantaran · Polisi Privasi