Polisi Pembatalan & Pemulangan
Semua produk kami dibuat khas dengan nama dan pilihan anda. Sebab itu peraturan kami mudah dan tegas.
Kemas kini terakhir: 20 Oktober 2026
Fikir dan semak betul-betul sebelum bayar. Setelah bayaran dibuat, order tidak boleh dibatalkan, ditukar atau dipulangkan, dan tiada bayaran balik.
1. Sebelum bayar
Anda bertanggungjawab menyemak order anda sebelum membuat bayaran:
- Ejaan nama dan teks. Kami cetak tepat seperti yang anda taip.
- Design, font, warna dan bilangan helaian. Preview menunjukkan susunan sebenar satu helaian.
- Cara penghantaran dan alamat (nama penerima, nombor rumah, poskod, negeri).
2. Selepas bayar
- Tiada pembatalan dan tiada bayaran balik kerana tukar fikiran, tersilap pilih design atau tersalah taip nama.
- Order tidak boleh ditukar selepas bayar. Jika anda perasan kesilapan, WhatsApp kami dengan segera; jika order belum dicetak kami akan cuba bantu, tetapi ini tidak dijamin.
3. Barang rosak atau tersalah cetak
Jika barang yang anda terima rosak, cacat cetakan, atau berbeza daripada order anda kerana kesilapan kami, beritahu kami dan kami hantar yang baru secara percuma (termasuk pos).
- WhatsApp 014-212 4548 dalam masa 7 hari dari tarikh terima, dengan nombor order dan gambar barang (dan parcel jika rosak semasa pos).
- Penggantian dibuat dengan barang yang sama. Anda tidak perlu pulangkan barang rosak kecuali kami minta.
4. Alamat salah atau tidak lengkap
Kami pos ke alamat yang anda beri. Jika alamat salah atau tidak lengkap, atau parcel dipulangkan kerana tiada penerima, itu di luar tanggungjawab kami: tiada bayaran balik dan tiada hantar semula percuma. Sila buat order baru.
5. Parcel hilang semasa penghantaran
Jika alamat betul tetapi kurier mengesahkan parcel hilang, kami hantar yang baru secara percuma.
6. Jika kami tidak dapat siapkan order
Jika kami terpaksa membatalkan order anda (contohnya kami tidak dapat mencetaknya), kami pulangkan bayaran penuh termasuk pos dan caj pemprosesan dalam masa 7 hari bekerja: bayaran online melalui CHIP ke bank, kad atau e-wallet asal; pindahan bank ke akaun bank anda.
7. Doorgift dan order korporat
Harga, bayaran dan tarikh siap dinyatakan dalam sebut harga atau pengesahan order melalui WhatsApp. Selain yang dinyatakan di situ, polisi ini terpakai.
Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Hubungi kami
ANNCRAFT VENTURES (No. pendaftaran SSM 202403138852 (003605409-X))
21-2, Jalan Reko Sentral 8, Kajang, Selangor
WhatsApp 014-212 4548 (sticker & runcit) · 019-476 7079 (doorgift & korporat) · anncraftkajang@gmail.com
WhatsApp sahaja, tiada panggilan.
Polisi lain: Terma & Syarat · Polisi Pembatalan & Pemulangan · Polisi Penghantaran · Polisi Privasi