Polisi Penghantaran
Bila order anda dipos, berapa caj pos dan cara ambil sendiri.
Kemas kini terakhir: 20 Oktober 2026
1. Kawasan penghantaran
Order sticker nama melalui anncraft.com/sticker dipos ke Semenanjung Malaysia sahaja buat masa ini. Untuk Sabah, Sarawak atau Labuan, WhatsApp kami 014-212 4548.
2. Caj pos
Caj pos ditunjukkan dalam jumlah sebelum anda membuat order. Sekarang RM7 setiap order ke Semenanjung, tidak kira bilangan helaian. Ambil sendiri: tiada caj pos.
3. Bila order dipos
- Sticker nama UV DTF: order yang bayarannya disahkan sebelum 12 tengah hari (Isnin – Sabtu) biasanya dipos pada hari yang sama. Selepas itu, dipos pada hari bekerja berikutnya.
- Bayaran online disahkan serta-merta. Pindahan bank disahkan selepas kami menyemak akaun pada waktu operasi.
- Kami tutup pada hari Ahad dan cuti umum.
- Doorgift dan order korporat: tarikh siap dan penghantaran diberi selepas order diterima.
4. Tempoh penghantaran dan tracking
Kebanyakan parcel sampai dalam 1 – 3 hari bekerja selepas dipos, mengikut kurier. Ini anggaran kurier, bukan jaminan. Nombor tracking dipaparkan di halaman status order anda (link diberi selepas order) sebaik sahaja parcel dipos.
5. Ambil sendiri
ANNCRAFT VENTURES, 21-2, Jalan Reko Sentral 8, Kajang, Selangor. Isnin – Sabtu, 9 pagi – 6 petang. Sila tunggu status order "Sedia untuk diambil" atau WhatsApp kami dahulu supaya order anda sedia.
6. Alamat salah, parcel rosak atau hilang
Alamat salah yang diberi pelanggan: sila buat order baru. Parcel rosak atau hilang semasa pos: kami hantar yang baru secara percuma. Butiran penuh dalam Polisi Pembatalan & Pemulangan.
Hubungi kami
ANNCRAFT VENTURES (No. pendaftaran SSM 202403138852 (003605409-X))
21-2, Jalan Reko Sentral 8, Kajang, Selangor
WhatsApp 014-212 4548 (sticker & runcit) · 019-476 7079 (doorgift & korporat) · anncraftkajang@gmail.com
WhatsApp sahaja, tiada panggilan.
Polisi lain: Terma & Syarat · Polisi Pembatalan & Pemulangan · Polisi Penghantaran · Polisi Privasi