Cara order

Semua order melalui WhatsApp. Empat langkah mudah:

  1. WhatsApp kami

    Item, kuantiti dan tarikh majlis.

  2. Hantar design

    Logo, senarai nama atau artwork.

  3. Sahkan mockup

    Kami hantar mockup untuk anda semak.

  4. Kami siapkan

    Setiap unit dipersonalisasi dan dibungkus.

Soalan lazim

Nombor WhatsApp mana patut saya hubungi?

019-476 7079 untuk doorgift dan cenderahati korporat. 014-212 4548 untuk sticker UV DTF, iron-on, ukir nama dan pembelian runcit. Kedua-duanya WhatsApp sahaja, kami tidak menjawab panggilan.

Berapa minimum order?

Bergantung pada item dan kuantiti. WhatsApp kami item dan jumlah yang anda perlukan, kami akan sahkan.

Berapa lama untuk siap?

Doorgift dan cenderahati korporat: tempoh siap dimaklumkan selepas kami terima order anda. Sertakan tarikh majlis semasa order. Sticker UV DTF: order sebelum 12 tengah hari biasanya dipos pada hari yang sama.

Bila waktu operasi?

Isnin – Sabtu, 9 pagi – 6 petang.

Adakah harga termasuk nama/logo dan pembungkusan?

Ya. Harga seunit pada setiap item termasuk personalisasi dan pembungkusan yang dinyatakan pada item itu (contoh: kotak berbalut dan reben).

Boleh saya tengok dulu sebelum dibuat?

Boleh. Kami hantar mockup dulu, dan produksi hanya bermula selepas anda setuju.

Apa beza ukiran dan sticker UV DTF?

Ukiran ditanda terus pada permukaan item, satu warna dan kekal. Sticker UV DTF ialah cetakan berwarna penuh yang dipindahkan ke permukaan, sesuai untuk logo berwarna dan design bergambar.

Fail artwork apa yang perlu dihantar?

PNG berlatar belakang lut sinar, PDF atau AI. Untuk nama sahaja, senarai nama dalam WhatsApp sudah memadai. Lihat panduan di halaman cetakan.

Boleh ambil sendiri atau hantar?

Boleh ambil di Kajang (Isnin – Sabtu, 9 pagi – 6 petang), atau tanya kami tentang penghantaran ke lokasi anda. Sticker UV DTF dihantar melalui pos.

Syarikat saya perlukan invois dan DO.

Kami sediakan invois dan delivery order rasmi untuk pembelian syarikat dan agensi.

WhatsApp
Doorgift & korporat019-476 7079 Sticker & cetakan014-212 4548

WhatsApp sahaja, tiada panggilan.